Home / News / Pelakon Suara BoBoiBoy Sah Berkahwin, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Mewarnai Zaman Kanak-Kanak

Pelakon Suara BoBoiBoy Sah Berkahwin, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Mewarnai Zaman Kanak-Kanak

Boleh dikatakan semua orang cukup mengenali dengan karakter Upin Ipin dan BoBoiBoy yang mana memiliki suara yang cukup unik. Pelakon suara di sebalik dua karakter animasi ikonik ini adalah Nur Fathia Dhiaz yang mana kini sudah bergelar guru.

Tahukah anda pelakon suara berusia 24 tahun yang merwarnai dunia kanak-kanak kita sudahpun naik jinjang pelamin bersama pasangan pilihannya baru-baru ini? Perkara ini disahkan sendiri oleh pencipta siri Animasi BoBoiBoy, @anasabdulaziz83 menerusi akaun X miliknya.

 

Beliau mendedahkan bahawa pelakon suara BoBoiBoy itu sudah pun berkahwin . Malah, beliau berseloroh dengan mengatakan bahawa merasa dirinya sudah tua selepas mengetahui pelakon suara yang dikenali sejak kecil sudah pun  mendirikan rumah tangga.

Di samping itu, beliau sempat berkongsi gambar bersama pasangan raja sehari itu. Sementara itu, netizen juga mengucapkan tahniah kepada pelakon suara itu dan turut berterima kasih kerana merwarnai zaman kanak-kanak mereka dengan lakonan suara di dalam animasi

 

Perkara ini dikuatkan lagi selepas tular video perkahwinanannya di platform TikTok sejak beberapa hari lepas. Ramai yang juga terkejut dengan berita tersebut dan turut bergembira dengan perkhabaran berita itu.